Mikrobiologi virus Virus

Ciri-ciri hidupan

Virus menawan sel perumah untuk memenuhi kitaran hidupnya iaitu menghasilkan lebih banyak zarah virus. ia berada diantara kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. Virus boleh membiak dan mewarisi sifat generasi sebelumnya, tetapi bergantung kepada enzim perumah, dan boleh dikendalikan seperti molekul biasa contohnya boleh menghablurkan zarahnya dan berada dalam keadaan dorman. Samaada virus hidup atau tidak, mereka merupakan parasit obligat dan tidak mempunyai kemampuan untuk membiak sendiri. Seperti kebanyakan parasit, mereka memerlukan perumah yang tertentu, misalnya sesetengah virus hanya boleh membiak dalam spesis tertentu tetapi sesetengah yang lain boleh membiak dalam pelbagai jenis spesis.at dalam proses replikasi:

  1. Penyerapan (melekat pada sel perumah) (adsorption)
  2. Penusukan (penetration)
  3. Nyahlapisan (uncoating)
  4. Replikasi genom
  5. Pematangan (maturation)
  6. Pembebasan (release)

Proses replikasi antara RNA dan DNA adalah berbeza.

Struktur virus

Virusnya secaranya amnya lebih kecil saiznya berbanding bakteria, di mana diameter ukurannya dianggarkan antara 20 hingga ke 300 nanometer. Kebanyakan virus tidak dapat dilihat melalui mikroskop optik yang biasa, oleh itu mikroskop elektron digunakan untuk menggambarkan virion[1].

Virion yang merupakan zarah virus sempurna biasanya terdiri daripada asid nukleik iaitu gen virus, teras protein yang menyimpan gen virus itu sendiri ,serta lapisan protein yang berfungsi sebagai pelindung (sampul). Sampul yang selalunya dihasilkan daripada membran sel perumah melindungi genom virus yang memberikannya mekanisma bebas dan tindakbalas konsisten terhadap ransangan luar kepada virus tersebut.